Semasa saya menulis blog ini, saya sudah menjejakkan kaki ke kota Singa yang berpura yakni Singapura... Namun kami (dalam erti kata ini merupakan saya dan Pejal) merasa bosan yang teramat sangat...
Perjalanan kami dimulakan dengan usaha mengangkat kotak yang tersangat berat... Almaklumlah, diriku bukan seorang Hulk, jadi badanku sakit-sakit kerana kotak yang berat, seberat dosa Pejal... Namun, sekarang kami berasa layanan yang tak serupa 5 bintang ini menyebabkan kami berasa bosan... Ya... Kerana tiada orang untuk dibuli... Sekarang saya terpaksa menggunakan Mimi, tapi malangnya usaha saya disalah anggap... Saya digosip bersama beliau...
Justeru blog ini ditulis untuk menyeru 'the perfect person' untuk dibuli saya dan Pejal...
Orang itu tidak lain dan tidak bukan adalah Fatin!!!
Pakcik, pinjam Fatin jap!! Kami nak tumpang buli!!
Saya dah agak Fatin Fasihah mesti perasan... Namun Fatin Nabilah yang kami bicarakan ini... *Fatin Fasihah mesti tengah hantuk-hantuk kepala kat dinding untuk menyembunyikan nada malu beliau* Oleh itu, Fatin Nabilah, kalau kamu membaca blog ini, sedarlah, kami sangat memerlukan kehadiran kamu di sini...
Masih teringat lagi (sambil teringat, sambil menitiskan air mata) sewaktu di Indonesia, semasa Arsenal kalah 4-0 dengan Man Utd, kehadiran saudari Fatin Nabilah untuk dibuli seolah-olah menceriakan kembali hidup saya... Namun di Kota Singa, gadis itu tiada untuk dibuli... Saya sedih, hidupku mula hilang arah... Dan kami mula sedar kepentingan seorang gadis yang dipanggil kongkang itu....
Post ini sebagai satu tribute untuk untuk saudari Fatin Nabilah yang telah berjaya membeliakkan mata Pejal dan mengukir senyuman di bibirku...

P/S: Sekarang saya tau kenapa Kak Ecah begitu emo semasa di Singapore....