Jikalau Fernando Torres dan Cristiano Ronaldo, adalah penjaring gol yang prolifik, maka saya pula adalah penulis blog yang prolifik... Setiap hari saya ingin menulis blog walaupun apa yang saya tulis adalah merapu semata-mata... Dah memang sejak kecil saya dididik untuk merapu...
Maka, di saat semua warga UKM dah balik kampung, tinggal la seorang jejaka kacak yang high class di sini lagi... Nak tau siapa jejaka tersebut?? SAYA LAAA!!!! Hahahahaha, ya saya tau tak kelakar jadi kita teruskan dengan apa yang ingin saya tulis...
Aih... Saya memang ingin pulang sangat ke rumah sebab saya start sem pada 9hb Dis (tapi dah plan nak balik sini 10hb)... Tetapi disebabkan KTR bakal mementaskan teater perkahwinan di Singapura, maka hasrat pulang terpaksa kukorbankan sejenak kerana saya terpaksa berlakon di peringkat antarabangsa sekali lagi... Setelah hampir setahun Indonesia menyambut kedatanganku, kini Singapura pula yang menanti dengan penuh ketidaksabaran... Justeru, untuk tidak menghampakan peminat di Singapura, saya pergi la ea...
Dan memang pun saya ni jarang je Selatan Malaysia sepanjang hidup saya.. Justeru peluang ini mungkin takkan saya lepaskan... Walaupun sebenarnya saya dah diberi peluang untuk ke Indonesia pada bulan depan kalau tak pergi Singapura ni... Hehehehe, dah rezeki saya, kamu jangan jeles ea... Kalau kamu nak juga, maka cubalah jadi berbakat seperti saya....
Justeru, akan saya pergi Singapura tanggal 28hb Nov ni... Namun, aku langsung tak bersemangat untuk ke sana... Adakah kerana saya dah pokai, maka tak boleh bershopping kat sana?? Saya rasa ya... Merujuk kata-kata kawan saya yang bernama Ezzati 'money can't buy happiness, tapi aku still tak happy kalau takde benda tu'... 'Benda tu' yang dikatakan saudari Ezzati itu bukanlah merujuk kepada buku rujukan mahupun teman lelaki sebaliknya ia merujuk kepada wang... Ya, mungkin beliau berkata benar kerana kalau benda ni tak free saya mungkin tak akan ke sana... Terima kasih kepada saudara Sham yang cuba memsponsor kami sedaya mungkin... Saya terharu...
Kali ini sekali lagi saya memegang watak tempelan utama di dalam sesebuah teater... Watak seorang orang gaji yang bernama So'od pula saya pegang... Bukan orang gaji kepada orang-orang ye kawan-kawan, tetapi hanya orang gaji semata-mata... Dan saya dah berlakon dengan cemerlang, namun akan kututurkan lagi kata-kata Siam untuk memantapkan lagi kemuhibahan teater yang bakal dipentaskan ini... Dan rasanya aku mungkin boleh melakukan yang terbaik, mungkin sebaik Eman Manan mahupun Rosyam Noor kalau diizinkan Allah swt... Insya Allah...
Walaupun beliau merupakan seorang peserta Miss S'pore 2006, tetapi beliau tiada kaitan dengan hidupku atau dalam erti kata lain "Gambar ini adalah sekadar hiasan"...Okey la, kamu dah bosan membaca... Saya tau kerana kamu memang malas membaca... Jadi saya akhiri je post saya ni dengan ucapan "Bacalah Bismillah Sebelum Makan, Nanti Tercekik"...
P/S: Moral saya sudah jatuh disebabkan pelbagai halangan untuk ke Singapura... Hadiahkan la kepada saya ciuman-ciuman semangat ye kawan-kawan.... Hahahahaha

0 orang dah cakap...:
Post a Comment