Itulah Hidup...

Tuesday, January 27, 2009

Kadang-kadang kita jarang buka mata kita...
Kita hanya memehamkan mata dan membayangkan dunia seperti suatu kesempurnaan...

Kadang-kadang kita pasti jatuh tersungkur...
Dan enggan bangun semula kerana bimbang luka itu akan berdarah semula...

Kadang-kadang kita merasakan telah menemui cinta sejati...
Tapi sebenarnya hanya nafsu yang bertakhta...

Kadang-kadang kita melihat dunia dan merasakan semuanya dah berubah...
Namun, tak pernah kita melihat refleksi itu di cermin..

Hidup ini penuh dengan keunikan, keanehan dan kejahilan... Manusia itu jahil...


Dan apabila semuanya menjadi gelap, siapa lagi yang harus kita persalahkan??

Dan walaupun aku juga ;

Kadangkala melupakan sahabat yang suka dukanya bersamaku...
Kadangkala mengingkari bapaku yang tidak jemu senyum padaku...
Kadangkala melupakan belaian kasih ibuku...


Ini semua membuatkan aku sedar... Aku masih seorang manusia yang jahil...


P/S: Kita tak mungkin dapat semua yang kita inginkan... Namun ada masanya kelak kita mungkin akan kehilangan segalanya... Dan aku sedar apa dan siapa yang berharga untukku kini... Terima kasih atas segala memori...

Hargai Warga Emas...

Saturday, January 24, 2009

Pernahkah anda tengok movie ber sama opah anda??

Pernahkah anda bersesak-sesak naik tren bersama opah anda??

Pernahkah anda membeli boxer bersama opah anda??

Jika jawapan anda adalah ya, maka anda sama seperti aku… Baru tadi, saya dijemput oleh seorang ‘warga emas’ untuk pergi menonton wayang bersama beliau… Siapa warga emas itu… Nah, tengok sendiri…

Anyway, keluar hari ini adalah untuk satu matlamat. Dibelanja oleh opah untuk menonton Inkheart… Ternyata, beliau tipu, tapi tak kisah, tambang teksi telah beliau bayar…

Ku anggap apa yang berlaku pada hari ini adalah suatu hikmah… Ternyata, opah tua itu turut mempunyai sifat-sifat seorang wanita Melayu terakhir dalam dirinya… Melayan karenahku yang ala-ala selsema dan demam ini, dan ternyata beliau terpesona melihat watak opah di dalam filem Inkheart.. Ternyata jiwa mudanya masih membuak-membuak kerana enggan beratur di line warga emas semasa membeli tiket…

Dan aku terpaksa pulang awal hari ini, gara-gara parent opah sudah hampir sampai ke UKM… Dalam perjalanan pulang, aku terganggu dengan gelagat rakyat Malaysia (well, mostly) yang bersesak-sesak masuk ke tren.. Agaknya abah mereka telah menyewa seumur hidup ruang depan pintu tren itu ya… Itulah agaknya sebab mereka enggan berganjak… Opah nyaris-nyaris strok di dalam kesesakan itu…

Perjalanan hari ini mengajar aku…

Bahawa dengan boxer sahaja, anda boleh melangkah keluar dari Midvalley dengan mendabik dada..

Bahawa aku mempunyai sifat hormat warga emas yang jarang dimiliki jejaka kacak yang lain..

Bahawa aku rasa sangat rugi menonton Inkheart…

P/S: Opah sangat pandai memilih tempat… Beliau memilih tempat berhampiran dengan rakan senegara beliau… Keluar wayang terus blushing… Cinta pandang pertama agaknya….

Demi 'Kasih' Itu...

Sunday, January 18, 2009

Sudah 3 tahun kujejak di dalam arena teater...
Dari seorang pencacai sampai la ke tahap mengarah, semua sudah ku lalui...
Namun semalam, aku dapat merasakan sesuatu yang sangat manis...

Bukan kerana Johan yang dirangkul...
Tapi kerana 'saudara' yang kuperolehi...
Justeru semalam, aku hampir menangis...
Namun, cuba kusembunyikan semua itu dengan lawak-lawak bodohku...

Siang tadi, kami keluar meraikan kejayaan itu...
Dan di 'box karaoke' aku duduk merhatikan...
Senyuman di bibir adik-adikku itu...
Jeritan tawa mereka...
Entah... Aku merasai kami sangat rapat pada hari ini...
Aku boleh menyanyi di atas bas mini bersama mereka...
Sesuatu yang aku boleh buat pada insan yang bernama keluarga sahaja...

Dah banyak yang aku tau..
Jejaka pendiam dari kejut sangat pandai bermain boling...
Gadis Kedah itu boleh jadi seorang polis trafik...
Tumbukan gadis kecil itu sangat menyakitkan..
Boleh tahan juga suara gadis Angola itu ya...
Gadis Zimbabwe itu memang berjiwa muda...

Dan banyak lagi...

Justeru, semalam kalau aku menangis...
Ianya pasti akan menjadi air mata kegembiraan...

Tapi, adik-adikku...
Tolong, jangan biarkan kumenangis...
Tangisan kesedihan...

Kerna kamu semua adalah keluargaku...

P/S: No point, hanya sesuatu yang perlu aku luahkan....

V Care Camp-Pandangan Mata Seorang Faci...

Wednesday, January 7, 2009



Tanggal 3-4 Januari yang lepas budak-budak KDO sekali lagi dikerahkan untuk menyertai satu aktiviti 'lasak' iaitu suatu kem PBSM yang sah-sah la dianjurkan oleh PBSM KDO... Sebenarnya dah lama saya tau kewujudan kem ini kerana sering diupdate oleh Fatin setiap kali beliau nak merungut tentang meeting PBSM beliau...

Namun, adalah satu kejutan apabila ia diwajibkan untuk semua 1st year dan lebih mengejutkan saya dijemput untuk menjadi faci... Wakakakaka.... Sedikit makluman buat semua, skandal Fatin satu ketika dulu pun buat comeback dalam kem kem ini... Nak tau siapa?? Rujuk gambar di bawah...

Hari Pertama:
Masa pendaftaran, saya sangat tak membantu... Fatin pula cuba mensabotaj unit makanan dengan menghabiskan roti yang disediakan untuk pelajar... On da way nak ke bas, kami berdua melalak menyanyikan lagu-lagu dalam henset Fatin... Semua budak pandang sinis, takut nak tegur kerna bimbang merit ditolak... Hahahahaha... Sesudah sampai, kami mengucapkan Good Luck pada Joyah dan beliau membalas dengan kata-kata manis (B*B*)...

Jangan tertipu!! Beliau seorang Felo, bukan 1st year!!

Selepas je sampai, budak-budak ni pun wat maraton sampai ke malam... Owh, maraton ceramah laaa... Mereka cakap sakit buntut sebab kene duduk atas simen berjam-jam... Yeke?? Korang tunggu la turn korang jadi Faci lak ea... Hahahaha... Hanya aktiviti first yang menarik minat kerana boleh comolot masa tu... Rujuk blog gadis zimbabwe ini jika nak tau siapa yang boleh anda comolot... Owh, saya sempat memecahkan paip di tandas ketika berak... Sangat menarik...

Bla3 makan, bla3 dengar cermah orang syok sendiri, bla3 malam.... Eh, dah malam?? Cepatnya masa berlalu... Aktiviti malam best sikit la... KEBABOM ke apa tah... Yang penting ada yang kena berlakon jadi mangsa cedera dan ada yang kena berlakon jadi pasukan penyelamat... Yang lain-lain tengok wayang je laa... Group saya iaitu kumpulan Rock N Roll berada di depan mangsa yang cedera dan semua ahli kumpulan sempat menguap kengerian apabila ternampak mangsa yang cedera... Setelah mangsa yang cedera mati dan hidup kembali, maka sampai la pasukan penyelamat... Kate Nouri 'Tunggu pasukan penyelamat ni rase macam tunggu komuter nak balik Seremban la pulak..' Dan semuanya selamat dijalankan tanpa ada yang cedera betul-betul..

Cubaan Say O untuk menghidupkan kembali mangsa dengan nyanyian nasyid...

Lalalalalalalalalalala....

Hari Kedua:
Yela, saya bangun lambat... So?? Nama pun Faci... Aktiviti pertama adalah senamrobik yang sangat-sangat menghiburkan... Serius!! Then pergi la pula Jungle Trekking. Kebosanan di dalam hutan, diriuh rendahkan dengan laungan Rock n Roll kumpulan saya... Selepas itu, budak-budak kena la buat pembentangan pula... Seronok tengok kegelabahan diorang waktu nak speaking... Alia Angola sempat mengoffer untuk membelanja saya KFC kalau saya tak tanya soalan... Hehehehe


Owh, sila cari warga Angola di dalam gambar ini...

Overall:
Congratz buat PBSM kerana berjaya menganjurkan sesuatu yang sangat unik... Saya rasa selaku Faci, tak ade ape-ape yang ingin saya kritik tentang bahagian pentadbiran... Terima kasih kerana menjemput saya... Dan terima kasih kerana menghadiahkan kumpulan Rock N Roll hadiah tempat ketiga....

Aku Hanya Suka Name Tag...


Fatin Yang Dah Kurus....

10 Moment of Truth...
  1. Suka ngumpat... So???
  2. Tak ade awek lagi... Hahahahaha
  3. Baru dididik untuk dengar band-band indie... Guru-guru adalah Lan 'The Black Metal' Celak, Fatin 'The Supermodel' dan Pejal 'The Sepet'...
  4. Sekarang tengah kaya, boleh pergi makan ayam tandoori kat mapley...
  5. Satu-satunya warga KDO yang main FIFA Manager 2009 (sebab PC Pejal dah wat hal)
  6. Tak suka tengok carita hantu (Especially dengan Sham)
  7. Berbakat tinggi dalam bidang lakonan (mampu menipu semua yang melihat)
  8. Saya sangat bising dan tak suka environment exam (diam sangat lorr)
  9. Making a lot of mistakes lately...
  10. Enjoying my Life... wakakakakaka
Owh, kalau saya terus tagged orang, maka ini akan menjadi surat berantai yang tidak akan habis sehinggalah ke infiniti... Justeru menjadikan award ini sekadar picisan semata-mata... Oleh itu, sesiapa yang membaca dan nak buat tagged ni, silakan la ea...