Demi 'Kasih' Itu...

Sunday, January 18, 2009

Sudah 3 tahun kujejak di dalam arena teater...
Dari seorang pencacai sampai la ke tahap mengarah, semua sudah ku lalui...
Namun semalam, aku dapat merasakan sesuatu yang sangat manis...

Bukan kerana Johan yang dirangkul...
Tapi kerana 'saudara' yang kuperolehi...
Justeru semalam, aku hampir menangis...
Namun, cuba kusembunyikan semua itu dengan lawak-lawak bodohku...

Siang tadi, kami keluar meraikan kejayaan itu...
Dan di 'box karaoke' aku duduk merhatikan...
Senyuman di bibir adik-adikku itu...
Jeritan tawa mereka...
Entah... Aku merasai kami sangat rapat pada hari ini...
Aku boleh menyanyi di atas bas mini bersama mereka...
Sesuatu yang aku boleh buat pada insan yang bernama keluarga sahaja...

Dah banyak yang aku tau..
Jejaka pendiam dari kejut sangat pandai bermain boling...
Gadis Kedah itu boleh jadi seorang polis trafik...
Tumbukan gadis kecil itu sangat menyakitkan..
Boleh tahan juga suara gadis Angola itu ya...
Gadis Zimbabwe itu memang berjiwa muda...

Dan banyak lagi...

Justeru, semalam kalau aku menangis...
Ianya pasti akan menjadi air mata kegembiraan...

Tapi, adik-adikku...
Tolong, jangan biarkan kumenangis...
Tangisan kesedihan...

Kerna kamu semua adalah keluargaku...

P/S: No point, hanya sesuatu yang perlu aku luahkan....

0 orang dah cakap...: