V Care Camp-Pandangan Mata Seorang Faci...

Wednesday, January 7, 2009



Tanggal 3-4 Januari yang lepas budak-budak KDO sekali lagi dikerahkan untuk menyertai satu aktiviti 'lasak' iaitu suatu kem PBSM yang sah-sah la dianjurkan oleh PBSM KDO... Sebenarnya dah lama saya tau kewujudan kem ini kerana sering diupdate oleh Fatin setiap kali beliau nak merungut tentang meeting PBSM beliau...

Namun, adalah satu kejutan apabila ia diwajibkan untuk semua 1st year dan lebih mengejutkan saya dijemput untuk menjadi faci... Wakakakaka.... Sedikit makluman buat semua, skandal Fatin satu ketika dulu pun buat comeback dalam kem kem ini... Nak tau siapa?? Rujuk gambar di bawah...

Hari Pertama:
Masa pendaftaran, saya sangat tak membantu... Fatin pula cuba mensabotaj unit makanan dengan menghabiskan roti yang disediakan untuk pelajar... On da way nak ke bas, kami berdua melalak menyanyikan lagu-lagu dalam henset Fatin... Semua budak pandang sinis, takut nak tegur kerna bimbang merit ditolak... Hahahahaha... Sesudah sampai, kami mengucapkan Good Luck pada Joyah dan beliau membalas dengan kata-kata manis (B*B*)...

Jangan tertipu!! Beliau seorang Felo, bukan 1st year!!

Selepas je sampai, budak-budak ni pun wat maraton sampai ke malam... Owh, maraton ceramah laaa... Mereka cakap sakit buntut sebab kene duduk atas simen berjam-jam... Yeke?? Korang tunggu la turn korang jadi Faci lak ea... Hahahaha... Hanya aktiviti first yang menarik minat kerana boleh comolot masa tu... Rujuk blog gadis zimbabwe ini jika nak tau siapa yang boleh anda comolot... Owh, saya sempat memecahkan paip di tandas ketika berak... Sangat menarik...

Bla3 makan, bla3 dengar cermah orang syok sendiri, bla3 malam.... Eh, dah malam?? Cepatnya masa berlalu... Aktiviti malam best sikit la... KEBABOM ke apa tah... Yang penting ada yang kena berlakon jadi mangsa cedera dan ada yang kena berlakon jadi pasukan penyelamat... Yang lain-lain tengok wayang je laa... Group saya iaitu kumpulan Rock N Roll berada di depan mangsa yang cedera dan semua ahli kumpulan sempat menguap kengerian apabila ternampak mangsa yang cedera... Setelah mangsa yang cedera mati dan hidup kembali, maka sampai la pasukan penyelamat... Kate Nouri 'Tunggu pasukan penyelamat ni rase macam tunggu komuter nak balik Seremban la pulak..' Dan semuanya selamat dijalankan tanpa ada yang cedera betul-betul..

Cubaan Say O untuk menghidupkan kembali mangsa dengan nyanyian nasyid...

Lalalalalalalalalalala....

Hari Kedua:
Yela, saya bangun lambat... So?? Nama pun Faci... Aktiviti pertama adalah senamrobik yang sangat-sangat menghiburkan... Serius!! Then pergi la pula Jungle Trekking. Kebosanan di dalam hutan, diriuh rendahkan dengan laungan Rock n Roll kumpulan saya... Selepas itu, budak-budak kena la buat pembentangan pula... Seronok tengok kegelabahan diorang waktu nak speaking... Alia Angola sempat mengoffer untuk membelanja saya KFC kalau saya tak tanya soalan... Hehehehe


Owh, sila cari warga Angola di dalam gambar ini...

Overall:
Congratz buat PBSM kerana berjaya menganjurkan sesuatu yang sangat unik... Saya rasa selaku Faci, tak ade ape-ape yang ingin saya kritik tentang bahagian pentadbiran... Terima kasih kerana menjemput saya... Dan terima kasih kerana menghadiahkan kumpulan Rock N Roll hadiah tempat ketiga....

0 orang dah cakap...: