2008 in Memory...

Wednesday, December 31, 2008


"Those who forget the past tend to repeat it..."
"What happen today is because of what you did yesterday..."

Kata-kata buku teks Sejarah Form 4 masih terngiang-ngiang dalam minda saya... Even Ustazah pun selalu cakap renung diri sendiri setiap hari... So inilah review saya sepanjang sesi 2008...

Orang kata luas perjalanan, luas pemandangan... Maka, berlandaskan konsep ini, saya telah mengisytiharkan tahun 2008 sebagai tahun ronngeng yang paling berjaya dalam hidup... Selain itu, dari segi teater, saya juga telah berjaya mencapai target saya, iaitu menjadi pengarah sebelum grad... Maka, berikut adalah perkara-perkara yang telah saya capai dalam sesi 2008 serta perkara lain yang sewaktu dengannya...

Kisah Ronggeng:
Rasa seperti saya sudah menjadi Dora the Explorer pada tahun ini... Indonesia, Singapore, Langkawi semuanya telah saya jejak.. Dan yang paling menarik, semua ini telah dijejak melalui sponsor... Hahahahahaha, indahnya hidup sebagai seorang pelajar UKM... Semuanya atas kapasiti seorang penggiat kebudayaan.. 'Penggiat la sangat!' Erm, cam terdengar suara sahabat saya yang bernama Sham menyuarakan kata-kata sedemikian... Dan dalam pelbagai kisah ronggeng (bukan tonngeng ya..) perjalanan ke Indonesia boleh la dikategorikan sebagai syurga dunia... Barang murah, dan yang paling best awek yang jauh lebih comel dari awek-awek Malaysia... Jika fatin dijadikan sebagai batu pengukur...
Ketika di Indonesia bersama warga Pakistan (Kanan) dan warga...err...Kelantan (Kiri)

Kisah Impian:
Setiap orang pasti punya impian.. Impian saya adalah untuk hidup bahagia bersama kamu.. Cettt!!!!! Saya hampir muntah meluahkan kata-kata tersebut.. Semenjak join KTR, saya menginginkan untuk berlakon dan mengarah... Saya telah mencapai cita-cita untuk berlakon semasa MAKUM dengan membawa watak Tok Bomoh... Sementara di FTU saya telah mengarahkan teater Superptuih! sehingga membawa gelaran naib johan... Justeru impian saya dianggap telah tercapai... Wahhhhhhh.........
Teater arahanku...

Kisah Dunia Baru:
Setiap tahun yang silih berganti pasti tak akan menarik jika tiada pembaharuan dalam tahun tersebut.. Setiap tahun, saya pasti akan meminati lagu-lagu tertentu.. Namun, atas 'nasihat' rakan-rakan muzik tempatan menjadi pilihan pada tahun ini... Alhamdulilah agak menarik gak la muzik-muzik kita ye adik-adik... Terima kasih pada saudari Fatin...
Antara kumpulan muzik tempatan yang menjadi kegemaran...

Tahun 2009 menjanjikan satu perubahan dalam hidup saya... Positif atau negatif terpulang la pada diri sendiri..

P/S: Say O, budak depan bilik saya dah beli PC baru... Nampaknya lagi smart dari saya... Adakah itu satu perubahan dalam diri beliau sempena tahun baru nie?? Hehehehe

You Rock My World...

Saturday, December 20, 2008

Orang kata 'save the best for the last'... Well in this case, people save 'the rockest for the last'!!!!


Tanggal 20hb Disember menandakan Rock the World is back in town setelah satu tahun bercuti... As a legacy as it is, sambutan untuk RTW ni still meriah lagi even RTW ni start dari pukul 12 pun... Well, saya tiba kat sana dalam pukul 1.30.... Setting dalam mind, Bunkface, Bittersweet, One Buck Short or maybe Butterfingers.... And pay alert kat mana-mana band who play nice song.... Hehehe

It started well, I think with Dance to The Radio, Sharpshooter, Harvesting Space Sound.... Diorang semua ni memang rock la, walau saya tak tau sangat lagu-lagu diorang nie... Lepas tu Upon Arrival yang bawak lagu Black Metal, hahahahaha, saya terus keluar ambiol angin... Well, not my kind of music kot... Habis je band tu, saya masuk balik, mesti la sebab nak tengok Estrella.... Comel tol vocalist die...

Habis je Estrella, saya melompat sorang-sorang dengan muzik reggae Republic of Brickfields... Layan pe lagu-lagu mereka!!! Lepas tu band fevret saya!! BUNKFACE!!! Bunk Anthem, High School Rocker, Silly Lily dan Situasi dah cukup buat saya histeria dan termengah-mengah kat situ... And so, lepas tu say pun blah jap dari tempat kejadian.... Sakit perut laaa!!!

Datang balik pukul 7 masa The Otherside of Orchestra, say terus bergegas masuk sebab lepas tu Bittersweet!!! Capital E, Burn Berlin Down, 1 lagu baru die, Kucing Hitam.... Berpeluh-peluh dibuatnya... And again, sama gak cam UOX Play minggu lepas, they really come at a right time man...

Lepas tu ada Estranged, Times, Koffin Kanser dengan Revenge... Semuanya saya tengok dari jauh jer, sebab dah tak larat nak joget... Tengok Lan dengan Hazel stamina tinggi betul... Nampaknya diorang mengamalkan olah tubuh kat rumah...

Last sekali One Buck Short dengan Butterfingers... One Buck Short pun dah cukup untuk wat diri ni tak ingat dunia, apatah lagi bila ketibaan Butterfinger... Tak hairan la diorang ni digelar otai... Sebab sape je yang tak kenal diorang atau tak pernah dengar lagu diorang... Sekolah lagi, saya dah dengar suara Butterfinger beb!! Dan malam tu diorang memang rock gila!! Dah tak ingat lagu apa yang diorang main sebab saya dah crazy gila kat bawah tu!!!

Hahahaha, overall this was a really nice stress releasing time-out... Nice to be out... Nice of the Nation' s Rocker... Nice to be out of my body for a day...

P/S: Menunggu untuk membalas dendam kepada Pejal... Beliau telah menipuku... Owh, hoping for Bunkface to sing Fine but i never got them realised... So, saya upload lagu tu kat blog... Hehehehe

Lei Hai Pin Ko??? (a message from my damned heart!!)

Thursday, December 18, 2008

Lei Hai Pin Ko adalah kata-kata Kantonis yang bermaksud "Kamu ni siapa?".... Owh, saya bukan nak membuka kelas belajar bahasa Kantonis di sini... Sudah lama saya meninggalkan kelas bahasa Kantonis... Kali terakhir saya ke kelas adalah untuk mengorat seorang amoi PLKN yang bernama Christine (bukan Christian, saya tak GAY seperti yang dikatakan si Silly Laili)... Owh, sudah tentu anda tak nak tau pasal kisah cinta saya dan Christine, maka saya teruskan dengan cerita saya...

Kalau saya ditanya soalan "Siapa kamu?", sudah tentu saya akan menjawab:
-Nazrin bin Saad
-Belajar kat UKM
-Rumah kat Perlis
-Study engineering

Maka, awek-awek di luar sana pasti menyangka saya ni skema, malas keluar bilik.... Tapi adakah awek-awek tersebut turut menyangka yang saya ni join teater dan tengah melawan demam sekarang ni untuk pergi Qiamullail Perdana pada hari Sabtu ni?? Owh ya, anda tertipu, click link tersebut untuk tahu tempat sebenar yang ingin saya tuju...

Terkejut??? Kalau ya, maka anda pun masih belum lagi mengenali saya... Jadi kenapa manusia suka melihat dan terus mengadili... Sesungguhnya mereka tak sedar yang diri mereka turut diadili... Jadi rasanya tidak salah kita mengenali seseorang itu, barulah kita memberi impresi kita terhadap beliau.... Ya, saya beritahu ini kerana saya dan beberapa rakan telah menjadi mangsa 'racist' sewaktu awal bulan ini...

Oleh kerana saya dan rakan-rakan bukan dari sesuatu kelompok, maka adakah ini bermakna kami tidak layak atau tidak akan menjadi sebagus mereka??

Post ini adalah untuk menyedarkan yang terasa dan diri saya jua.... Maaf kalau kata-kata ini menyakitkan sesiapa tetapi saya dah terkena dan saya tak nak orang lain merasai kepedihan sifat 'rascisme' ini....

P/S: Hanya yang tau akan tau and let it stay that way....
-Even Ruby leh jadi Demon yang baik dalam cerita Supernatural...
-Owh, link Qiamullail Perdana ini khas buat Ajid dan Pejal yang mentertawakan diriku apabila saya meluahkan keinginan untuk pergi... DAMN!!!
-Tiada gambar sebab banyak pakai kata-kata tersirat.... Hehehe

Saya dah Pulang....

Wednesday, December 10, 2008

Bagi sesiapa yang merindui saya, maka saya mengakui dengan penuh redha saya dah pulang ke UKM... Lokasi sebenar perlu saya rahsiakan kerana bimbang akan diketahui oleh paparazi yang menunggu ibarat memegang sniper...

Erm... Perjalanan pulang kali ni agak unik dan lain dari biasa... Entah la, perjalanan kali ni boleh dikategorikan sebagai baik atau buruk... Maka, inginlah saya kongsi bersama pembaca yang setia...

Petang 9hb Dis, saya mengambil keputusan untuk bergerak ke stesen bas lebih awal kerana adik juga bakal pulang malam ini.. Oleh itu, saya tak nak la nyusahkan ayah untuk menghantar kami berdua, maklum la tak ada kereta... Maka, hajatku ingin ke stesen bas dengan teksi di waktu petang itu... Owh, saya memang bijak, pada hari raya kedua, di waktu petang pulak tu, mana la ada teksi, bahkan pula di bandar kecil seperti ini... Lainlah kalau di Manhattan atau Philadelphia bahkan Oslo sekalipun kerana perayaan Aidiladha tidak disambut meriah oleh pemandu teksi di sana... Apatah lagi nak ambil cuti, ye tak?? So, last sekali ayahku terpaksa menghantarku ke stesen bas juga... Misi tak nak nyusahkan beliau gagal sama sekali!!!!

Sampai saja di Kangar, saya menjalankan misi makan nasi kandar dan membeli alatan untuk sesi perkuliahan terbaru... Terlihat pencil case yang cantek dan murah tapi dalam mindaku biarlah kerana dah ada pencil case... Owh, rupanya pencil caseku tertinggal di rumah akibat terlalu taksub mencari pen semasa bermain SUDOKU...

Bas yang ditakdirkan bertolak pada jam 930 malam sampai pada jam 945 malam dan bertolak pada 950 malam... Owh, muka pakcik itu sangat selamba, agaknya beliau menggunakan jam di Dhaka, Bangladesh ataupun jam Nepal... Sebab tu la mukanya menunjukkan "Bangganya dapat datang awal"... Owh, dan agak mengejutkan juga dalam ramai-ramai orang tersebut, ada seorang gadis yang mukanya saling tak tumpah seperti Wani aka Mak anak-anak Pejal jika dilihat dalam kegelapan malam... Agak kerap juga saya mengushar beliau sehinggalah beliau menghampiri pondok polis yang berdekatan...

Di dalam bas saya menyumpah-nyumpah kedai nasi kandar tersebut... Lokasi kedai yang agak jauh menyebabkan kakiku sakit-sakit dan kuantiti nasi yang sedikit menyebabkan saya lapar semula... Owh, akanku bakar kedai tersebut bila kupulang semula nanti... Dan bas yang selalunya berhenti pada pukul 2 berhenti pada pukul 1230 untuk ke toilet... Nasib baik dekat dengan stesen minyak, leh saya beli OREO.... (Oreo tersebut masih ada pada malam semalam ketika Ajid cuba pow, malangnya dah masuk angin, kesian Ajid)

Masalah sakit kakiku masih belum selesai... Jam 2 bas berhenti lagi di lokasi yang tak dikenlpasti, kali ni untuk makan... Walau dah ada OREO, aku masih makan nasi lemak 2 bungkus... Alangkah bertuahnya dapat berjumpa adikku yang kebetulan berhenti di situ juga... Maka saya terus pow minyak angin beliau bagi menunjukkan kekuasaan seorang abang!! Dan sakit kakiku beransur lega....

Sampai lebih kurang 430 pagi di Jalan Duta, oleh sebab masih tak ada tren, saya mengambil keputusan untuk ke surau dulu... Ya, tepat tekaan anda, untuk menunaikan solat tahajud, untuk sambung tidur semula... Tepat jam 6, saya bergerak ke KL Sentral dan tiba di UKM pada jam 730, disambut oleh AJK AUG yang hot (namun disangkal keras oleh Fatin, tak tau la kenapa)...


Bas yang menjadi kegemaran saya....

Kiri: Gadis stesen bas, Kanan: Wani aka Mak anak-anak Pejal
Cuba anda tengok, sama kan??
(Gambar sekadar hiasan, tak sempat tangkap gambar gadis tersebut sebenarnya kerana takut digelar jejaka Gila Seks)

P/S: Haruskah saya ke Midvalley pada hari ini??

Saya dan Singapura...

Saturday, December 6, 2008

Warkh!!!

Saya rasa sangat tertekan.... Sesudah saya menukar background blog, baru saya sedar bahawa memang tak boleh post komen dekat blog saya... Tak apa la, sesiapa yang nak berbuat demikian boleh la menghuni shout box saya... Lagipun saya dah insaf... Dah taknak guna layout berbentuk papan tanda 'Kawasan Kemalangan Jalan Raya di Hadapan'... Baik la, tak best pun dengar cerita pasal layout, baik cerita pasal Saya dan Singapura...

Sebenarnya saya tak bercadang untuk post tajuk ni tapi setelah melihat rakan seperjuangan seperti Kak Ana, Maya dan Ieyzz yang telah memberi pandangan mereka, maka saya pun nak tak nak terpaksa la memberi komen versi jantan gagah pulak setelah Pejal masih lagi ketinggalan dalam industri blog yang sudah berkembang pesat ibarat cendawan lepas hujan ini...

Kalau anda baca kesemua post di atas yang telah saya link, anda pasti mendapati satu pattern yang sama dalam setiap review mereka... Semuanya mengkritik pedas karenah penduduk di sana... Memang benar nanti orang kata saya ni ibarat mengata dulang paku serpih pula, tapi kita jadikan la semua ini sebagai pengajaran...

Pertualangan saya di Singapura adalah sesuatu yang tidak boleh dilupakan, banyak yang mampu dipelajari di sini... Dari segi pembangunan, jelas mereka sudah bertapak-tapak menjauhi kita... Melangkah saja saya di Kota Singa, saya berasa kagum dengan bangunan-bangunan yang sangat bagus designnya... Namun jelas, pembangunan di sekeliling tetap takkan merubah perangai sesetiap individu itu sendiri... Maybe kalau yang dibangunkan itu masjid lain sikit kot ceritanya...

Kalau diberi peluang lagi untuk ke sana, mungkin saya akan berfikir lebih panjang agaknya kerana badan saya belum mampu menyedut habuk-habuk dan ditukarkan kepada oksigen yang kita guna untuk proses respirasi...

Namun saya bangga dapat pulang ke Malaysia, biarlah ranking FIFA bawah lagi dari Singapura pun, biarlah tak ada Gong Li pun... Yang penting saya selesa nak buang air di mana-mana toilet di sini kerana di Malaysia kami mengamalkan konsep 'satu pili air satu jamban' ya kawan-kawan.. Owh, tak lupa juga saya memang mencintai tanah air saya...

Okey la, kalau ada gambar akan saya post di sini kelak... Hanya sedikit je artis yang sempat bergambar dengan saya seperti 'Pejal' Cruise, 'Sham' Hudson, 'Mimi' Singh Walia, 'Laili' Robert dan 'Ieyzz' Spears... Seperti kata Maya, duduk di Singapore ibarat di Manhattan kan?? Owh, Karam Singh Walia bukan orang Manhattan ea??


Item yang cuba dibeli oleh saya dan Pejal semasa di Singapore tapi sempat dikesan oleh JAIS yang buat overtime kat sana iaitu Kak Ana... Damn!!

P/S: Saya tak sanggup lagi tahan berak di Singapura....