Saya dah Pulang....

Wednesday, December 10, 2008

Bagi sesiapa yang merindui saya, maka saya mengakui dengan penuh redha saya dah pulang ke UKM... Lokasi sebenar perlu saya rahsiakan kerana bimbang akan diketahui oleh paparazi yang menunggu ibarat memegang sniper...

Erm... Perjalanan pulang kali ni agak unik dan lain dari biasa... Entah la, perjalanan kali ni boleh dikategorikan sebagai baik atau buruk... Maka, inginlah saya kongsi bersama pembaca yang setia...

Petang 9hb Dis, saya mengambil keputusan untuk bergerak ke stesen bas lebih awal kerana adik juga bakal pulang malam ini.. Oleh itu, saya tak nak la nyusahkan ayah untuk menghantar kami berdua, maklum la tak ada kereta... Maka, hajatku ingin ke stesen bas dengan teksi di waktu petang itu... Owh, saya memang bijak, pada hari raya kedua, di waktu petang pulak tu, mana la ada teksi, bahkan pula di bandar kecil seperti ini... Lainlah kalau di Manhattan atau Philadelphia bahkan Oslo sekalipun kerana perayaan Aidiladha tidak disambut meriah oleh pemandu teksi di sana... Apatah lagi nak ambil cuti, ye tak?? So, last sekali ayahku terpaksa menghantarku ke stesen bas juga... Misi tak nak nyusahkan beliau gagal sama sekali!!!!

Sampai saja di Kangar, saya menjalankan misi makan nasi kandar dan membeli alatan untuk sesi perkuliahan terbaru... Terlihat pencil case yang cantek dan murah tapi dalam mindaku biarlah kerana dah ada pencil case... Owh, rupanya pencil caseku tertinggal di rumah akibat terlalu taksub mencari pen semasa bermain SUDOKU...

Bas yang ditakdirkan bertolak pada jam 930 malam sampai pada jam 945 malam dan bertolak pada 950 malam... Owh, muka pakcik itu sangat selamba, agaknya beliau menggunakan jam di Dhaka, Bangladesh ataupun jam Nepal... Sebab tu la mukanya menunjukkan "Bangganya dapat datang awal"... Owh, dan agak mengejutkan juga dalam ramai-ramai orang tersebut, ada seorang gadis yang mukanya saling tak tumpah seperti Wani aka Mak anak-anak Pejal jika dilihat dalam kegelapan malam... Agak kerap juga saya mengushar beliau sehinggalah beliau menghampiri pondok polis yang berdekatan...

Di dalam bas saya menyumpah-nyumpah kedai nasi kandar tersebut... Lokasi kedai yang agak jauh menyebabkan kakiku sakit-sakit dan kuantiti nasi yang sedikit menyebabkan saya lapar semula... Owh, akanku bakar kedai tersebut bila kupulang semula nanti... Dan bas yang selalunya berhenti pada pukul 2 berhenti pada pukul 1230 untuk ke toilet... Nasib baik dekat dengan stesen minyak, leh saya beli OREO.... (Oreo tersebut masih ada pada malam semalam ketika Ajid cuba pow, malangnya dah masuk angin, kesian Ajid)

Masalah sakit kakiku masih belum selesai... Jam 2 bas berhenti lagi di lokasi yang tak dikenlpasti, kali ni untuk makan... Walau dah ada OREO, aku masih makan nasi lemak 2 bungkus... Alangkah bertuahnya dapat berjumpa adikku yang kebetulan berhenti di situ juga... Maka saya terus pow minyak angin beliau bagi menunjukkan kekuasaan seorang abang!! Dan sakit kakiku beransur lega....

Sampai lebih kurang 430 pagi di Jalan Duta, oleh sebab masih tak ada tren, saya mengambil keputusan untuk ke surau dulu... Ya, tepat tekaan anda, untuk menunaikan solat tahajud, untuk sambung tidur semula... Tepat jam 6, saya bergerak ke KL Sentral dan tiba di UKM pada jam 730, disambut oleh AJK AUG yang hot (namun disangkal keras oleh Fatin, tak tau la kenapa)...


Bas yang menjadi kegemaran saya....

Kiri: Gadis stesen bas, Kanan: Wani aka Mak anak-anak Pejal
Cuba anda tengok, sama kan??
(Gambar sekadar hiasan, tak sempat tangkap gambar gadis tersebut sebenarnya kerana takut digelar jejaka Gila Seks)

P/S: Haruskah saya ke Midvalley pada hari ini??

0 orang dah cakap...: